Monday, July 12, 2010

PK HEM BARU


Hari ini, SKKY telah menerima kehadiran PK HEM yang baru. Beliau ialah PUAN NOR LAILA BINTI ABD SAMAD, yang bertukar dari Sungai Siput. Beliau menggantikan PK HEM sebelum ini, iaitu PUAN ROKIAH BINTI AZAHARI, yang telah dinaikkan pangkat sebagai PK PENTADBIRAN, dan bertukar ke SK SUNGAI ARA.


Seluruh warga SKKY mengucapkan selamat datang kepada Puan Nor Laila dan mengalu-alukan beliau ke sekolah ini. Semoga beliau dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang di sini.


Manakala, kepada Puan Rokiah, SKKY mengucapkan tahniah kerana telah dinaikkan pangkat dang selamat bertukar kepada beliau. Puan Rokiah telah memberikan perkhidmatan beliau di sekolah ini sebagai PK HEM selama tempoh lebih kurang setahun setengah. Selama beliau berkhidmat di SKKY, beliau amat disenangi oleh semua warga SKKY kerana keramahannya.

1 comment:

  1. Kepada saudara/saudari admin blog ini.. kirim salam tahniah pada GPK Hem SKKY yang baru... dari kawan lama Sudin/sam6279@gmail.com

    ReplyDelete