Wednesday, July 7, 2010

BENGKEL MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

Satu Bengkel Menjawab Kertas Soalan Sains UPSR telah dianjurkan oleh Panitia Sains SKKY hari ini. Bengkel telah diadakan di makmal komputer SKKY bermula jam 10.30 pagi hingga 2.00 petang. Pihak Panitia Sains telah menjemput Guru Sains SK Batu Kurau, yang juga Jurulatih Utama Subjek Sains LMS, iaitu ENCIK AZID BIN TAHIR untuk menyampaikan slot berkenaan. Peserta bengkel ini disasarkan kepada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR. Selain itu, beberapa orang murid Tahun 5 yang memperolehi keputusan cemerlang bagi subjek sains dalam PKSR 1 telah turut dipilih sebagai peserta. Adalah diharapkan agar peserta-peserta dapat memanfaatkan peluang tersebut ubtuk meningkatkan lagi keputusan dalam subjek sains. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Azid bin Tahir yang telah sudi untuk mencurahkan ilmu kepada murid-murid sekolah ini.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment