26 Julai, 2009 - Khamis - Hari terbuka SKKY. Ibu bapa dijemput hadir ke sekolah dan bertemu dengan guru kelas anak-anak masing-masing. Keputusan PKSR 1 dan Kad Pelaporan Pelajar diserahkan kepada ibu bapa oleh guru-guru kelas. Ibu bapa akan diberikan penerangan dan penjelasan tentang prestasi setiap murid oleh guru-guru kelas. Malahan, ibu bapa berpeluang untuk berbincang dengan guru-guru tentang prestasi pelajaran anak-anak mereka. Sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mempunyai sikap yang prihatin terhadap persekolahan anak-anak mereka. Adalah diharapkan dengan program seperti ini akan memberikan satu impak yang baik kepada semua pihak terutamanya murid-murid.
No comments:
Post a Comment