TAHNIAH diucapkan kepada dua orang guru sekolah ini yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008. Mereka adalah ENCIK YUSRI BIN YAHAYA, Penolong Kanan Kokurikulum dan PUAN JOSNIDA BINTI MUSTAFA, Guru Pendidikan Islam.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tersebut telah diadakan pada 25 Julai, 2009 (Khamis) bertempat di Dewan MPT Kamunting. Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mat Lazim bin Idris, Pegawai Pelajaran Daerah LMS.
Semoga dengan anugerah ini, diharapkan mereka akan bekerja dengan lebih tekun dan cemerlang seterusnya menjadi pendorong kepada guru-guru lain untuk turut mencapai anugerah ini. Tahniah sekali lagi....
No comments:
Post a Comment