Friday, August 6, 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB KERTAS MATEMATIK UPSR

Panitia Matematik dan JawatanKuasa Kecemerlangan UPSR SKKY telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab Matematik pada hari ini bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. Kita telah menjemput seorang Guru Cemerlang Matematik dari SK Toh Sajak, iaitu PUAN ROZINI BINTI JAILANI untuk mengadakan bengkel tersebut. Semoga dengan program ini, ianya akan memberikan banyak manfaat kepada calon-calon UPSR sekolah ini dan dapat meningkatkan keputusan UPSR nanti. Kepada Puan Rozini, diucapkan jutaan terima kasih kerana telah sudi untuk mengadakan bengkel tersebut.

No comments:

Post a Comment