Thursday, July 22, 2010

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU UPSR

Satu bengkel teknik menjawab kertas Bahasa Melayu UPSR telah diadakan hari ini untuk murid-murid Tahun 6. Bengkel diadakan bertujuan untuk menambahkan pengetahuan murid dan sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR. Bengkel telah diadakan di dalam Makmal Komputer sekolah bermula jam 10.30 pagi hingga pukul 2.00 petang.

Pihak sekolah telah menjemput Guru Bahasa Melayu SK Ayer Putih, iaitu ENCIK MANAN MD ZAIN untuk memberikan ceramah beliau. Beliau telah memberikan pendedahan dan teknik-teknik menjawab dengan cara yang betul kepada murid-murid.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah sudi untuk mengadakan bengkel kepada murid-murid Tahun 6 sekolah ini.

No comments:

Post a Comment