22 Mei 2010 - Sabtu - Panitia Bahasa Inggeris yang diterajui oleh Cik Premadevi telah mengadakan Bengkel Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR. Program tersebut bermula jam 8 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari tadi. Peserta-peserta bengkel terdiri daripada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan UPSR 2010 dan juga beberapa orang murid Tahun 5. Pihak sekolah telah menjemput ENCIK HAFAS BIN ABDULLAH, Guru Bahasa Inggeris SK Laksamana. Beliau juga merupakan seorang guru pakar dalam mata pelajaran ini, selain sebagai seorang pemeriksa kertas bahasa Inggeris. Diharapkan agar murid-murid memperolehi manfaat daripada bengkel tersebut.
No comments:
Post a Comment