Hari Kokurikulum Peringkat sekolah telah diadakan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Perkhemahan melibatkan semua murid Tahun 3 hingga Tahun 6 seramai 91 orang. Selain murid-murid SK Kampung Yaman, turut dijemput untuk menyertai perkhemahan ini ialah murid-murid dari SJKT Ladang Stoughton, seramai 15 orang, sebagai salah satu aktiviti RIMUP.
Dalam perkhemahan ini, beberapa aktiviti telah diadakan yang telah dikendalikan oleh semua guru sekolah ini. Antara aktiviti-aktiviti tersebut adalah:
1. Mendirikan khemah
2. Pertolongan cemas dan ikatan
3. Kembara Bahasa
4. Gotong-royong
No comments:
Post a Comment