HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK 2009 sekolah ini telah diadakan pada 14 November 2009 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi. Majlis telah dirasmikan oleh TUAN HAJI MOHD FAIZOL ARBI BIN MOHD SHOHOR, Setiausaha Sulit, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawaan dan Komiditi. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Mohd Sabri bin Mohd Daud, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Kemanusiaan).
Dalam majlis tersebut, murid-murid yang telah menempa kejayaan sama ada dalam bidang akademik, mahupun bukan akademik telah diberikan penghargaan berupa hadiah-hadiah dan juga sijil.
Selain daripada majlis penyampaian hadiah, turut diadakan beberapa persembahan yang disampaikan oleh murid-murid, bersempena dengan Sambutan Hari Kanak-kanak 2009.
No comments:
Post a Comment