Sunday, June 28, 2009

TRAGEDI....

Sekolah ini waktu sekarang sedang giat dijalankan kerja-kerja untuk membina bangunan baru empat tingkat. Kerja-kerja permulaan iaitu menambak dan menanam cerucuk sedang giat dijalankan. Malangnya, pada hari ini 27 Julai, 2009 berlaku satu kemalangan di tapak pembinaan. Bangunan baru yang akan dibina setinggi empat tingkat ini, akan dibina di bahagian padang dan memanjang ke hujung padang berhampiran dengan bangunan yang menempatkan Bilik Pafa, Klas Tahun 1, 2 dan Pemulihan. Tapak bangunan ini juga melangkaui ke bahagian paya (kawasan berair) di belakang kawasan sekolah ini. Ketika kerja-kerja menanam cerucuk dilakukan oleh pihak berkenaan di kawasan berpaya tersebut, tiba-tiba jentera yang digunakan untuk menanam cerucuk tersebut telah senget dan hampir terbalik kerana struktur tanah di kawasan tersebut yang lembut. Kejadian berlaku lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari. Kebetulan, pada ketika itu, murid-murid yang menjalani persekolahan ganti telah pun pulang. Kejadian ini turut disaksikan oleh Tuan Guru Besar sendiri, Penolong Kanak - Penolong Kanan dan beberapa orang pekerja lagi yang masih belum pulang ketika itu. Nasib baiklah, jentera tersebut tidak tumbang ke atas bangunan kelas yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment