Monday, June 1, 2009

MAJLIS PERJUMPAAN GURU-GURU & IBU BAPA MURID-MURID TAHUN 6

Satu majlis Perjumpaan & Dialog antara guru-guru & ibu bapa murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 29/05/2009 (Jumaat) yang bertempat di Kelas tahun 6. Majlis ini diadakan bertujuan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat serta memberikan penerangan tentang keadaan, prestasi dan perancangan persediaan untuk menghadapi Peperiksaan UPSR. Ibu bapa telah diberikan penerangan oleh guru-guru tentang prestasi anak-anak kepada ibu bapa. Respon yang ditunjukkan oleh ibu bapa sangat-sangat menggalakkan, sekaligus menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pembelajaran anak-anak. Adalah diharapkan, agar dengan adanya majlis seperti ini, satu kejayaan seperti yang diharapkan oleh kita semua akan tercapai. Insyaallah.....

No comments:

Post a Comment